SELAMAT MENJIWAI RASA AKU

"JIKA KAU PUNYA JIWA , IKUTI AKU , MARI KITA SAMA SAMA RAIKAN KETIDAKSIUMAN INI DIDALAM BAIT KATA DAN PUISI......"

Tuesday 7 August 2018

Ya Allah aku redha~

"Ada kesempatan untuk bahagia dengan syukurku,
 Tak perlu banyak meminta,
 Cukup keindahan menjalani hidup tanpa khayal puja,
 Cukup syukurku atas nikmat yang tak tersadar.."


      Bila bercakap pasal 'syukur' ni , aku terpanggil untuk mengaksarakan beberapa kenangan yang membuat kan aku terasa bersyukur didalam kehidupan. Pertama nya ketika aku dapat menjejak kan kaki ke universiti.   Kenangan ketika aku ditahun 2014, umur aku masa tu lebih kurang 20 tahun. Kehidupan di universiti ni mempunyai keseronokan dan kedukaan yang sama rata, kira mcam ada pro dan kontra dalam hidup. Aku bersyukur , dulu masa zaman SPM aku tak rasa pon aku akan menjejaki kan kaki ke U , so aku sambung lah amik STPM.  Jadi, selepas STPM aku begitu berkobar kobar untuk memastikan aku dapat ditempatkan di U, dan aku bersyukur dengan keputusan yang okay aku terpilih untuk sambung degree di Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang yang paling aku minat iaitu Seni. Mungkin tak ramai punya kebolehan seni, dan aku antara insan insan yang patut bersyukur punya kemahiran seni itu, *apesal ayat aku macam bangga diri*, ahh biarlah blog aku kan. Okay sambung. Ketika belajar di UNIMAS macam macam hal macam org yang aku hadap, kalau nak cerita detail mungkin berpuluh blog terpaksa aku karang, so aku amik highlight jelah ye. Aku bersyukur ketika tahun pertama di U lagi aku sudah rapat dengan insan insan yang baik dan membantu. Housemate Sakura yang best, buddiez yang mempunyai banyak ragam, kumpulan Seltene yang sering digelar syaiton oleh pensyarah,  serta teman sekuliah yang berperwatakan berbeza beza, aku seronok! Aku suka kerana dipertemukan dengan mereka kerana dengan pertemuan ni aku belajar erti kehidupan. Walaupun ketika belajar disini aku tidak dapat balik berjumpa keluarga selalu kerana faktor jarak dan kewangan, tapi aku gembira sebab kerana UNIMAS aku dan mereka membentuk sebuah keluarga besar, sekurangnya takdelah aku rasa homesick ketika berjauhan dengan keluarga kandung. Apabila masuk tahun kedua di UNIMAS, aku diuji dengan terpaksa duduk luar kolej, dan ketika ini keluarga Beradiks terbentuk, segalanya dilakukan dengan mereka, sampai ada yang cemburu dengan keakraban kami, kemana saja kami akan pergi berlima, pergi kuliah, pergi makan, pergi jalan, naik bas, semuanya lah, tanpa ada provokasi kami menolong satu sama lain, tak kisahlah dari segi apa, memang tetap bersama. Ketika tahun 2 ini juga aku dipertemukan dengan kawankawan junior yang gila baik dan ada beberapa yang aku rapat sampai sekarang, serta aku bertemu dengan seseorang yang sangat penting sampai sekarang pada aku. nanti aku sambung diposting lain pasal dia, cukup aku mention ni saja.


       Pada tahun ketiga aku diunimas, aku diuji dengan dugaan yang bagi aku sangat berat. Dugaan yang buat aku dan member member aku punya gap , tapi aku tetap bersama sama member2 baik aku untuk menghabiskan sisa2 mereka di Unimas. Aku habiskan final year project aku bersama mereka dengan jayanya.  Sekaligus aku gembira melihat mereka sudah berjaya menghabiskan sisa baki tahun 3 mereka. Ketika aku masih bersedih dengan dugaan yang dihadapi, 12/08/17 aku sekali lagi diuji dengan dugaan yang paling berat untuk aku, ibu yang aku sayangi pergi meninggalkan aku dan keluarga secara tiba tiba , tanpa bagi hint pon nak pergi selamanya. ketika disaat kami sibuk menguruskan majlis perkhawinan abang aku yang bakal berlangsung beberapa minggu, ibu pergi tinggalkan kami terkontang kanting, patutlah ibu selalu cakap, siapkan cepat nanti tak sempat , berulang kali dia cakap , tapi ya kami tak perasan semua tu, Allah je tahu bagaimana yang kami semua rasa bila ibu pergi secara tiba tiba begini, saat yang paling aku tak boleh lupa ketika aku baru sampai hospital pagi itu, ibu dah koma, aku tak dapat bercakap apa apa dengan ibu, kali terakhir aku dengar suaranya adalah subuh itu, ketika dia mengadu sakit dada , then selepas ayah hantar dia ke hospital aku tak dapat lagi mendengar  suaranya, Kau bayangkan usai baca yasin di sisinya, aku bisik ditelinganya, aku cakap , "ibu ibu kuatkan , ibu cakap nak tengok kakya konvo, kitakan nak uruskan abg am kawin, ibu kena kuat tau, kakya tahu ibu penat, tapi ibu kena kuat, kiteorg semua sayang ibu, bangun tau ibu kiteorg tunggu ibu.." , aku pandang wajahnya, aku dapat lihat air matanya berjuraian walaupun dia sedang koma, sebagai anak perempuan pertama aku memang terlalu rapat dengan ibu, lagipon selama ni aku jarang spend time lama dengan nya kerana faktor belajar jauh,  Semua orang tahu bagaimana rapatnya aku dengan ibu aku, sebab ibu aku seorang ibu yang sporting, boleh ajak berbual mcm kawankwan, tak stress. Tapi bila ada masa ni dia pulak dah pergi tinggalkan aku. kemudian, dalam tengah hari macam tu, kami mengiringi ambulans ibu, ibu akan dihantar ke hospital Sultan Ismail JB, ibu ditelak kan diruang ICU bahagian Red zone, luluh hati seorang anak melihat keadaan ibu yang sudah tidak berdaya , dengan darah disekeliling dirinya, mesin sana sini, aku duduk disudut dan membaca yassin , sambil berdoa semoga Allah menyembuhkan ibu, dalam pkul 9 lebih pm macam tu ayah panggil kiteorg semua adik beradik, ayah ckp kita kena redha , ibu dah lemah sangat, doktor nak cabut mesin pernafasan disekeliling ibu, aku dan adik beradik aku menangis macam apa, aku dapat lihat juga air mata ayah mengalir, tapi apakan daya , kami semua terpaksa menerima ujian ini, kami semua kena menghadapi yang ibu bakal pergi tinggalkan kami.  Lebih kurang pukul 10 malam macam tu, ibu pergi tinggalkan dunia ini, hanya tangisan kedengaran antara kami. Allah ibu pergi flow dia lancar je , masa kami ajar syahadah n memohon maaf padanya kami nampak air matanya mengalir dan kemudian senyap je dia dah pergi. Aku pegang tangan ibu, sambil menangis aku mintak maaf padanya , aku minta dihalalkan semuanya, aku cium muka nya. Allah je tahu apa aku rasa masa tu, dan  Allah je tahu perasaan kami semua , nak nak air mata ayah yang kami nampak. Allahu. Adikadik aku masa tu lagilah semua dah macam apa dah, terpaksa aku tenangkan mereka, ayah tenang kan mereka , abang aku tenangkan adik lelaki aku. Kita semua kena kuat demi ayah. Saat akhir ibu dihadapan kami adik beradik dan ayah kami, moga moga ibu tahu kami semua ada masa dia pergi tu. Kemudian, aku Hanya sempat call beberapa kawan yang rapat utk memaklumkan yang ibu aku dah tiada. Selepas selesai semua nya, kami pergi ke bilik mandi jenazah. Apa perasaan korang agaknya kalau nampak tubuh mak korang depan mata atas besi tempat mandikan tu. Allahu aku punya sebak masa tu Allah je tahu. Aku bersama adikadik perempuan aku dan kakak ipar aku *masa tu bakal* serta kakak sedara aku , kami mandikan jenazah ibu, dengan bantuan ustazah, bersihnya kulit ibu , suci, tiada apa didalam perutnya ketika ditekan untuk membersihkan, sampai ustazah tu cakap, "ya Allah cantiknya ibu, bersihnya ibu, cantiknya kulit ibu..", masa mandikan ibu pon sekejap je, adik aku yang nabila beruntung sebab dia nampak ibu senyum masa kami mandikannya, Allahu kuasa Allah semua tu, selesai mandikan ibu kami tolong ustazah kafan kan nya. Setelah selesai semua jenazah ibu disolatkan disitu. Kemudian , kami semua bergerak ke Mersing semula bersama jenazah ibu. Pagi 13/8/17 jenazah ibu disemadikan di Tanah Perkuburan Mersing. Terima kasih Allah kau pinjamkan ibu selama 23 tahun aku hidup. Aku bersyukur punya ibu seperti ibuku. Walau aku tak sempat berbakti lagi padanya , aku janji akan menjaga ayah dan adik beradik aku sampai hujung nyawa aku, aku akan membalas bakti dan jasa mereka.



     Begitulah kehidupan sepanjang 3 tahun lepas, suka duka semua bercmapur baur, nanti ada masa aku cerita lagi berkaitan "syukur" ini. 
. Akhir sekali, aku mohon yang membaca posting ini untuk menyedekahkan bacaan Alfatihah untuk roh ibu ku Hajah Rohana binti Mohamad Vasi, Amin~






No comments:

Post a Comment

Followers