SELAMAT MENJIWAI RASA AKU

"JIKA KAU PUNYA JIWA , IKUTI AKU , MARI KITA SAMA SAMA RAIKAN KETIDAKSIUMAN INI DIDALAM BAIT KATA DAN PUISI......"

Monday 6 May 2019

Tahun kedua puasa tanpa IBU

Bagaimana hendak aku karangkan lagi, aku melayar dalam mimpi, tapi bila sedar , oh itu realiti bukan fantasi...

Ibu, sosok wanita yang paling dicintai oleh semua jagat manusia, insan bergelar ibu, banyak pengorbanan banyak tanggungjawab yang beliau curahkan , dari kau kecil sampai kau dah besar kan... Aku merindui sosok itu, dua tahun aku kehilangan doa dari seorang ibu, segala percakapannya, segala bebelan, segala nasihat, curahan kasih sayang dari seorang insan bergelar ibu. Mungkin ada setengah pembaca merasakan benda yang sama dengan aku, dimana kehilangan ibu ketika diri ini masih mencari identiti dan jati diri, kehilangan yang tanpa diduga kerana merasa ohhh lepas belajar aku nak berbakti kepada ibu, kehilangan yang menjadi kejutan jiwa batin dan raga.

060519: Puasa Tiba

Ramdhan menjelang lagi, ia ni tahun kedua aku dan keluarga tidak dapat menyambut ramadhan bersama ibu, tipulah kalau tak sebak, masing masing cover kuat nak tutup kesedihan masing masing, mana tidaknya selama ni ibu lah manusia yang paling bertanggungjawab bila tiba bulan puasa, nak nak time kejut sahur, tapi apakan daya Allah ade perancanganNya. Sekarang, bila ibu dah tiada ni, kami urus semua benda sendiri, nak nak aku lah , sebagai anak perempuan pertama dalam keluarga. Dah menjadi tanggungjawab aku untuk menjadi tulang belakang dalam menguruskan keluarga. Dari segi juadah berbuka hinggalah bahagian urus dan kejut sahur. Aku kena berkorban sebab sebelum ni aku tak dapat berkorban untuk mereka kerana belajar diseberang sana. Jadi dua tahun ni memang aku struggle korbankan masa , korbankan life untuk family aku, kalau bukan aku uruskan mereka, siapa lagi kan, nanti bila aku dah takde aku harap mereka pula galas tugas yang sama.  Kalau dari wang ringgit memang sekarang aku belum mampu untuk berikan kepada mereka, belum ada rezeki, tapi aku yakin suatu saat aku akan dapat memberikan bantuan ringgit kepada ayah dan family aku, ya aku percaya Allah dah aturkan sesuatu untuk aku....

Banyak lagi masa untuk ditempuh sepanjang ramadhan ni, bukan apa, ni baru dua hari berpuasa, ada 27 hari lagi kami akan menghadapinya. Ramadhan kli ni aku cuma berharap aku dapat meningkatkan keimanan dalam diri aku, serta aku berharap aku akan istiqamah dalam beribadah kepada Allah, bukn untuk bulan ramadhan saja tapi lanjut sampai bila bila. Amin!! Kauorang doakan aku juga ye....
Sudahlah aku dah penat nak mengarang pagi pagi ni, cukup mesej nya sampai kepada kauorang pon dh okay lah kan. Nanti next post aku cerita lain pula ye...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA
1440H


No comments:

Post a Comment

Followers